Undian Piala Malaysia di tunda

2 08 2011

Salam..
mengikut info yg awok dengor,Undian Piala Malaysia yg sepatut nya berlangsung esok, 3hb ogos telah di tunda ke jumaat ini,…sebab2 utama nya x dapat pulak di pasti kan…nak buat spekulasi tak baik sebab bulan puasa ni…heheh

Mengikut maklumat,format piala malaysia ni akan di pecah kan kepada 4 kumpulan…johan dan naib johan setiap pasukan akan layak ke pusingan suku akhir….4 pasukan yg berada dlm kelompok 4 teratas MSL akan di letakkan dlm kumpulan yg berasingan…jadi 4 pasukan ni boleh di kata kan menarik nafas lega kerana tidak akan duduk di dalam satu kumpulan yg sama..4 pasukan tersebut ada lah kelantan,selangor,trengganu dan juga kedah…

Selain 11 pasukan dari liga super (sepatut nya 12 tetapi harimau muda tidak akan bermain utk piala malaysia) 3 pasukan dari liga perdana akan turut serta…mereka ada lah juara liga perdana PKNS FC serta naib juara sarawak..manakala sime darby berjaya layak ke piala malaysia setelah berjaya menundukkan bekas gergasi Liga super iaitu Pahang dlm perlawanan play off….

sama2 lah kita nantikan undian yg bakal di adakan jumaat ini..semoga piala malaysia kali ni akan berjaya mencungkil bakat2 baru utk pasukan kebangsaan….





Dihukum tanpa di panggil….

27 07 2011

Salam…
semalam telah ada laporan yg cakap 5 pemain perak telah di kenakan tindakan tatatertib kerana mengasari pengadil….mereka di katakan di kenakan hukuman di gantung 7 perlawanan dan denda 4k….

Yang paling awok pelik dlm isu ini adalah,mereka di jatuhkan hukuman terlebih dahulu,baru lah buat pembelaan…tak ke pelik..makna nya mereka ini di dapati bersalah dulu sebelum di bukti kan sebalik nye…

Dan ini bukan lah pertama kali bagi FAM dlm isu disiplin ni…mereka terus mengambil report dari pegawai perlawanan sahaja…ini bagi awok tidak adil pada pemain2 itu sendiri…at least bagi la peluang kepada pemain2 ini utk menjelaskan apa yg berlaku dari sudut pandangan mereka sendiri..dan panggil la juga pegawai2 perlawanan dari kedua2 pasukan…kalau tanya pengadil sahaja,konpom la akan jadi berat sebelah..

Awok x tau sangat pasal perlembagaan disiplin FAM ni….tapi sejak dari dulu lagi,bila bab2 disipilin dan jatuh hukum ni,sentiasa akan nampak FAM seperti tidak adil kepada pemain….

kepada pegawai2 FAM,bawak2 la berfikir sejenak…kaji lah balik perlembagaan yg ada atau yg “TAK DE” tu….korang tu dok kerusi empuk…tapi pemain yg berhempas pulas…dan fikir2 lah mengapa pemain sentiasa tidak berpuas hati kepada pengadil…kerana pengadil2 di malaysia ini terlalu “SEMPURNA”……





Bila Hamidin bersuara….

25 07 2011

Salam…

Pagi ni bila awok bukak internet,tetiba je terbaca satu kenyataan dari org kuat FAM dan FAS ni…malas lak nak copy paste..ada kat utusan rasa nya..dia bersuara mintak di turunkan Apek ganti sharbinee…ni antara komen dia

“Kalau boleh dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti saya berpendapat penjaga gol, Khairul Fahmi harus diletakkan sebagai penjaga gol utama.

“Dengan adanya Khairul Fahmi, saya fikir keyakinan pemain terutamanya di bahagian pertahanan mampu dipulihkan dalam usaha mencari kemenangan berharga di tempat sendiri, ” katanya.

bagi aku sebagai org kuat FAM dia tak sepatut nya keluarkan statemnet mcm ni…statement dia ni bagi aku boleh menjatuhkan semangat dan keyakinan pemain…sebagai org yg bertanggungjawab,sepatut nya dia membantu menaikkan semangat…bukan dgn cara macam ni…

selain dari itu,awok paling tak berkenan bila pegawai2 FAM mula nak bagi pendapat sapa yg patut main dan sapa yg tidak…kalo nak bagi pendapat sapa yg nak main,pegi le jadi coach….sebab nye bila org2 FAM ni bersuara secara psikologi nya dia akan mula mengganggu kosentrasi coach…..

So..aku harap sgt Pasukan kebangsaan tak terganggu oleh “GANGGUAN” yg di lakukan hamidin ni….Pada dato hamidin…lebih baik la diam dari bersuara kalo bersuara mcm ni….





tumbang di seberang tambak

24 07 2011

As Salam

Kecewa..itu je le yg awok boleh ungkap kan mengenai kekalahan pasukan kebangsaan kita di stadium jalan besar malam tadi…
bermula dgn penuh keyakinanan bila minit pertama lagi telah mendahului lawan…namun ia umpama satu skrip yg telah di garap agar kita memberi terus di beri harapan pada perlawanan ini…

too slow…failed to read opponent movement dan made a bad decision…tiga punca ini lah yg awok lihat berlaku pada pertahanan kita….tapi ia nya berlaku bukan malam tadi sahaja..tetapi dari perlawanan bertemu dgn taiwan di taiwan lagi telah berlaku perkara ini….malah terus terang awok cakap pertahanan ketika bertemu chelsea ada lah lebih baik dari pertahanan yg ada malam tadi….cuma kita lebih bernasib baik malam tadi barisan serangan kita bermain dgn baik walaupun selepas kapten kita di kena kan kad merah….

Seperti kata satu dialog dlm KL Gangster…”Cuti sudah habis Bro”…begitu lah yg awok nak ucap kan pada pemain2 kebangsaan kita…mungkin di sebabkan kejayaan kita di AFF membuatkan pemain berasa selesa sehinggakan dlm 4 perlawanan terakhir yg di lalui kita telah melepaskan sebanyak 18 gol…..ini satu “hadiah” yg tidak di ingini oleh penyokong pasukan kebangsaan….

Akhir kata..bangun lah wahai pemain2 negara dari mimpi indah..kita sedang berada di landasan yg baik ini..jgn sia sia kan nye…





Singapore VS Malaysia (Perlawanan pertama)

23 07 2011

Safee sali. Taruhan Utama skuad Negara
Salam semua…
yezaaaa…hari yg ditunggu kini muncul kembali….Hari pertarungan pertama negara kita dan juga musuh tradisi singapura…

Di atas kertas sebenar nya pasukan kita di lihat lebih gah…ini semua hanya kerana kita kini memegang “title” no 1 di asean…juara AFF dan juga pingat emas sukan sea…Namun..harus kita ingat…pertemuan dgn singapura tidak pernah memberi laluan mudah buat kita…Malah utk perlawanan ini,kita akan menghadapi masalah bermain di atas padang sintetik…Kita bukan jagoan di atas padang sebegini….

Awok x nak discuss lebih sgt berkaitan ini sebab tak banyak info yg awok ada berkaitan dgn pemain2 singapura..cuma yg awok tau mereka nampak bersedia dgn 2 kemenangan perlawanan persahabatan yg baru mereka lalui…malah penyerang mereka yg berumur 41 tahun tu masih lagi mampu menjaringkan gol….itu sudah cukup utk meresahkan kem pasukan kebangsaan kita..

Mengenai line up,walopun awok ada pilihan awok sendiri tapi mari kita lihat dulu,line up yg biasa nya di guna kan oleh dato K Rajagopal….

dato biasa nya akan menggunakan taktikal 4-4-2…

Dengan prestasi semasa nampak tempat penjaga gol akan di isi oleh sharbinee…ini terbukti dgn persembahan beliau ketika pusingan pertama di taiwan dan juga pertemuan dgn liverpool…

Back 4 kita pulak,awok tak rasa dato akan buat perubahan kecuali kecederaan aidil tidak sempat pulih esok….mahali jasuli di sebelah kanan dan asrarudin di sebelah kiri…sambil di pimpin oleh aidil dan fadhli…

tgh sudah pasti di ketuai oleh shafiq rahim….di bantu oleh amar rohidan..serta kunalan dan amirul hadi…

di bahagian serangan pulak satu tempat pasti milik safee sali….dan awok rasa utk perlawanan esok safee akan di bantu oleh hadi yahya…..

ini lah barisan kemungkinan yg akan di turunkan oleh Dato K Rajagopal…
Semoga semua nya akan berjalan lancar dan moga2 harimau akan mengaum di kota singa..

Prediction awok
Singapura 1 – 2 Malaysia





BPL Asia Tour 2011

23 07 2011

Salam….

Subra...perlu di beri ruang menyarung semula jersi pasukan kebangsaan

Semalam berlalu menandakan yg berakhir lah sudah BPL Asia tour 2011 yg telah di mula kan dgn arsenal kemudian liverpool dan di akhiri oleh pasukan chelsea…hanya arsenal dan liverpool yg bertemu dgn skuad utama kebangsaan manakala chelsea bertemu dgn campuran senior player ( atau lebih mudah di katakan ex player kebangsaan yg masih lagi belum bersara) dan pasukan olimpik….

Sebelum arsenal tiba lagi telah timbul kontroversi dari kumpulan ultras malaya yg menyatakan mereka ingin memboikot tour ini kerana di kata kan perlawanan ini tiada apa makna dan di labelkan sebagai perlawanan sarkis sahaja…Awok pun tak tau apa yg dia org fikirkan…bagi awok,perlawanan ini satu hadiah paling bermakna buat pemain2 kebangsaan..kerana siapa yg tidak mau bermain di atas satu padang bersama pemain2 bertaraf dunia…ya betul,mereka masih belum cergas sepenuh nya dan tidak akan mengeluarkan sepenuh tenaga..tetapi mereka tetap bertaraf dunia…tanya lah sape pun yg pernah bersukan di zaman sekolah,tetap akan menjadi satu kebanggaan jika pemain yg pernah bertarung bersama kita dulu di zaman sekolah,kini menjadi pemain negeri..itu baru level itu,ini kan pulak pemain2 bertaraf dunia…

Selepas itu timbul pula isu patriotik…ada yg mula mengkritik penyokong2 yg datang dengan memakai baju jersi EPL..adus…kenapa dgn isu yg sekecil itu nak kita bangkit kan..ada kah patriotik di nilai hanya kerana baju..kenapa tak kritik semua org yg memakai kasut nike,adidas di luar tu…ada kah mereka juga tidak patriotik..ini ada lah perlawanan persahabatan dan pertunjukan..bukan perlawanan kelayakan piala dunia…namun..masing2 ada pendapat masing2….

Lupa kan tentang penyokong..ini ada lah dari apa yg awok lihat…skuad utama kebangsaan….2 perlawanan persahabatan tersebut mendedahkan kepincangan utama pasukan..jika di AFF suzuki cup…boleh di katakan pertahanan kita cukup ampuh,tapi kini kepincangan mula terasa….2 game melepaskan 6 gol….2 penalti….ya…banyak pertukaran yg di lakukan..tapi ada kah kita hendak menghararapkan player utama sahaja…dari 2 perlawanan ini,nampak ketara di bahagian pertahanan,terdapat gap yg cukup besar antara pemain2 utama dan simpanan..awok harap sgt dato K rajagopal dapat lakukan sesuatu…

Dari segi pemain tgh nampak baik namun belum cukup bagus bagi awok….holding midfielder kita tidak banyak membantu…nampak ketara shafiq,kuna dan amirul terpaksa bekerja lebih keras….penyerang tidak boleh di sangkal lagi kehebatan safee sali…2 gol ketika bertemu liverpool sudah cukup membuktikan yg beliau berada di dalam kelas tersendiri…cuma sayang kecederaan nurshahrul idlan merencatkan sedikit barisan serangan pasukan kebangsaan…namun di harap hadi yahya dan fakri mampu memikul tanggungjawab ini

Dalam perlawanan ketiga pulak,awok cukup tertarik utk melihat pemain2 senior yg di gabungkan dgn skuad olimpik…ada yg bagi awok boleh dan layak di serap semula ke skuad kebangsaan…manakala yg lain sudah sampai di penghujung karier…pemain yg awok lihat boleh di serap semula ada lah farizal marlias,shahrulnizam mustapa,subra,joseph kallang…mereka bagi awok perlu di beri peluang semula…..

Apa2 pun bagi awok,3 perlawanan persahabatan ini cukup banyak memberi pengajaran dan menjadi satu platform persediaan yg cukup sempurna utk pasukan kebangsaan….

Jumpa lagi…hehehhe





Penyampaian hadiah LIga FAM dan piala presiden

23 07 2011

Upacara Penyampaian Medal, ’Mock Cheque’ dan Piala bagi Pertandingan Liga FAM 2011 dan Piala Presiden 2011 seperti butiran berikut :

1. Liga FAM 2011.

Selepas Perlawanan Terakhir Peringkat Liga di antara Negeri Sembilan Betaria FC dan Johor Melodi Jaya pada 24 Julai di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan. Perlawanan bermula jam 4.45 petang.

2. Piala Presiden 2011

Selepas Perlawanan Akhir Piala Presiden di antara Kelantan dan Johor MP Muar FC pada 26 Julai di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bahru, Kelantan. Perlawanan bermula jam 8.45 malam.

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA

Yg mana berdekatan moh la sama2 memeriahkan lagi majlis..kalau bukan kita,sapa lagi yg nak meramaikan majlis yg berkait dgn bola sepak tempatan ni….takkan nak suruh benayoun kot…hehehe





Skuad Olimpik Ke slovakia

23 07 2011

Skuad olimpik akan terbang sekali lagi ke slovakia…dengo nye kali ni bukan nak main liga dia org tapi menjalani latihan kat sana….mungkin utk menguatkan mental dan fizikal selain mengatur strategi….Dia org akan gerak ke slovakia 23hb ni sampey la 28hb ogos…berpuasa kat sana la jawab nya…
23 org pemain telah di pilih

1. Mohd Ferris Danial
2. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
3. Faizal Abu Bakar
4. Mohd Zubir Mohd Azmi
5. Mohd Irfan Fazail

6. Abdul Shukur Jusoh
7.Thamil Ambumamee
8. Muhammad Zamer Selamat
9. Gary Steven Robbat
10. Nazirul Naim Che Hashim
11. Mohammad Amer Saidin
12. Wan Zack Haikal Wan Nor
13. Mohamad Fandi Othman
14. Syahrul Azwari Ibrahim
15. Mohd Affizie Faizal
16. Mohd Izham Tarmizi Roslan
17. Sasikumar Kishor Kumar
18. Azrul Azmi
19. Muhamad Syazwan Tajuddin
20. Muhd Nazmi Faiz Mansor
21. Mohd Azrif Nasrulhaq
22. Ahmad Hazwan Bakri
23. Mohd Izuan Solahuddin

Semoga berjaya skuad harimau muda….





Senarai Pemain Skuad kebangsaan menentang singapura

20 07 2011

Setelah 2 game high profile friendly match..Dato K rajagopal umumkan pemain skuad kebangsaan…

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Sharbinee Allawee
Mohd Nasril Nordin
Pertahanan
Mahali Jasuli
Mohd Asruddin Putra Omar
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhli Mohd Shas
Mohd Aidil Zafuan
Helmi Remeli
Mohd Azmi Muslim
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid
Tengah
Safiq Rahim
Shakir Shaari
Ismail Faruqi Ashari
Amar Rohidan
Baddrol Bakhtiar
K Gurusamy
S Kunalan
Mohd Amirulhadi Zainal
Penyerang
Mohd Safee Mohd Sali
Ahmad Fakri Saarani
Mohd Ashaari Samsudin
Abdul Hadi Yahya
Izzaq Faris Ramlan





Malaysia VS Pakistan

2 03 2011

Assalamualaikum semua…
dah setahun lebih aku tak update blog aku ni…
sebagai pembuka bicara kembali bior lah aku bukak dgn gambor2 yg aku ambik
masa game malaysia pakistan baru2 ni….tak perlu kata2 indah kot…hehehe
selamat menatap gambo2 yg tak seberapa ni ye…

null
null
null
null
null
null
null
null








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.