BPL Asia Tour 2011

23 07 2011

Salam….

Subra...perlu di beri ruang menyarung semula jersi pasukan kebangsaan

Semalam berlalu menandakan yg berakhir lah sudah BPL Asia tour 2011 yg telah di mula kan dgn arsenal kemudian liverpool dan di akhiri oleh pasukan chelsea…hanya arsenal dan liverpool yg bertemu dgn skuad utama kebangsaan manakala chelsea bertemu dgn campuran senior player ( atau lebih mudah di katakan ex player kebangsaan yg masih lagi belum bersara) dan pasukan olimpik….

Sebelum arsenal tiba lagi telah timbul kontroversi dari kumpulan ultras malaya yg menyatakan mereka ingin memboikot tour ini kerana di kata kan perlawanan ini tiada apa makna dan di labelkan sebagai perlawanan sarkis sahaja…Awok pun tak tau apa yg dia org fikirkan…bagi awok,perlawanan ini satu hadiah paling bermakna buat pemain2 kebangsaan..kerana siapa yg tidak mau bermain di atas satu padang bersama pemain2 bertaraf dunia…ya betul,mereka masih belum cergas sepenuh nya dan tidak akan mengeluarkan sepenuh tenaga..tetapi mereka tetap bertaraf dunia…tanya lah sape pun yg pernah bersukan di zaman sekolah,tetap akan menjadi satu kebanggaan jika pemain yg pernah bertarung bersama kita dulu di zaman sekolah,kini menjadi pemain negeri..itu baru level itu,ini kan pulak pemain2 bertaraf dunia…

Selepas itu timbul pula isu patriotik…ada yg mula mengkritik penyokong2 yg datang dengan memakai baju jersi EPL..adus…kenapa dgn isu yg sekecil itu nak kita bangkit kan..ada kah patriotik di nilai hanya kerana baju..kenapa tak kritik semua org yg memakai kasut nike,adidas di luar tu…ada kah mereka juga tidak patriotik..ini ada lah perlawanan persahabatan dan pertunjukan..bukan perlawanan kelayakan piala dunia…namun..masing2 ada pendapat masing2….

Lupa kan tentang penyokong..ini ada lah dari apa yg awok lihat…skuad utama kebangsaan….2 perlawanan persahabatan tersebut mendedahkan kepincangan utama pasukan..jika di AFF suzuki cup…boleh di katakan pertahanan kita cukup ampuh,tapi kini kepincangan mula terasa….2 game melepaskan 6 gol….2 penalti….ya…banyak pertukaran yg di lakukan..tapi ada kah kita hendak menghararapkan player utama sahaja…dari 2 perlawanan ini,nampak ketara di bahagian pertahanan,terdapat gap yg cukup besar antara pemain2 utama dan simpanan..awok harap sgt dato K rajagopal dapat lakukan sesuatu…

Dari segi pemain tgh nampak baik namun belum cukup bagus bagi awok….holding midfielder kita tidak banyak membantu…nampak ketara shafiq,kuna dan amirul terpaksa bekerja lebih keras….penyerang tidak boleh di sangkal lagi kehebatan safee sali…2 gol ketika bertemu liverpool sudah cukup membuktikan yg beliau berada di dalam kelas tersendiri…cuma sayang kecederaan nurshahrul idlan merencatkan sedikit barisan serangan pasukan kebangsaan…namun di harap hadi yahya dan fakri mampu memikul tanggungjawab ini

Dalam perlawanan ketiga pulak,awok cukup tertarik utk melihat pemain2 senior yg di gabungkan dgn skuad olimpik…ada yg bagi awok boleh dan layak di serap semula ke skuad kebangsaan…manakala yg lain sudah sampai di penghujung karier…pemain yg awok lihat boleh di serap semula ada lah farizal marlias,shahrulnizam mustapa,subra,joseph kallang…mereka bagi awok perlu di beri peluang semula…..

Apa2 pun bagi awok,3 perlawanan persahabatan ini cukup banyak memberi pengajaran dan menjadi satu platform persediaan yg cukup sempurna utk pasukan kebangsaan….

Jumpa lagi…hehehhe


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.